Wednesday, May 6, 2009

PETANDA BILANYA AJAL...


Petanda tibanya ajal

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung
seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 Hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 Hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak…may ALLAH SWT bless you.

-sumber-

*Saling berpesan2lah sesama kita…

Sunday, May 3, 2009

Secret Of Rose...

1 Rose

Exceptional love all concentrated on you.

2 Roses
Two of us deeply in love.

3 Roses
I love you.

6 Roses
I want to be yours.

9 Roses
Love each other eternally.

11 Roses
You are the one I love most in my life.

12 Roses
Satisfactory union and mutual affinity.

13 Roses
Secret admirer.

24 Roses
Remember fondly every moment (24 hours cannot forget you).

33 Roses
Saying “I love you” with PROFOUND LOVE.

36 Roses
Feeling romantic attachment because you come to me.

44 Roses
Constant unchangeable pledge.

50 Roses
This is “Regretless Love”.

56 Roses
My love.

66 Roses
Successful love affair.

99 Roses
Love with understanding makes love eternal.

100 Roses
Harmonious union in a century, remain a devoted couple ’till ripe-old age.

101 Roses
No other love but you.

108 Roses
Please marry me!

111 Roses
Eternal love.

123 Roses
Free love.

144 Roses
Loving you day and night eternally.

365 Roses
Thinking of you everyday, love you everyday.

999 Roses
Everlasting and eternal love.

1001 Roses
Faithful love, ’till forever

Saturday, May 2, 2009

Menggamit cinta bersama....

BACHELOR OF SHARIAH AND LAW(UM)
"KEADILAN TERTUNGGAK DENGAN BERANINYA BERHUJAH"

Dah setahun dah bersama..sekejap je... satu jabatan syariah & undang-undang first batch 4 tahun kat UM..lame tu...mula2 xkenal...sekarang dah kenal..hihi(^_^)...kat sini ada una,k faz, k min, k dah, adleen, rai, eha, jane, ura, ah, hanim, syu, dalilah, dila, emy, yani, nisa...muslimah...yang muslimin pula arbi, fikri, safwan, amir, islam, mahadzhir, asri, zul, azam and naufal...semua sekali 28 orang termasuk sayala...Hope semua sekali dapat konvo same2 ye...and dapat memartabatkan syiar islam...dan mendukung undang-undang islam di malaysia..insya Allah....

Time moot trail sesi 2008/2009...memang menyeronokan...huhu...buat lakonan dalam moot court dan dihakimi oleh hakim Mahkamah Syariah yang betul...Moot trail kali ne tentang kes Sumbang Mahram..satu kes yang diketegorikan sebagai kes jenayah tp sayang kes ne kena buang sebab xde bukti kukuh dari pihak pendakwa dan didapati tertuduh x bersalah(saya la tu..hehe) Hopefully lain kali bt yang terbaik lagi dan janganla kes sebegini diambil ringan oleh mahkamah....program ne gakla dapat le kami first year ne kenal senior..klu x selisih bahu pun xtegur..junior + semua senior terlibat sama...Bez.. banyak pengalaman dapat...As to begin to be syarie lawyer ..Insya Allah...hihi...


Ne pula...time Kursus amali sembelihan anjuran Balai Islam KK8....Seekor kambing selamat dijadikan lauk...dan juga ayam2 dah masuk dalam perut..hihi... Kitaorang yang sembelih ayam tu..first time sembelih ayam..ketar tangan..tapi kursus ne dah jadi macam org nak bt kenduri je...seronok gotong-royong sama-sama ajk balai ngan peserta kursus...pengalaman baru yang xdapat dilupakan...



Ne...Msa OPKIM..Operasi Khidmat Masyarakat kat KEDA BENDANG TOK TERI,KEDAH..

Program anak angkat...banyak menginsafkan.huhuhu...



Kenangan sesi 2008/2009...Mencipta memory...
Dinner Jabatan kat Restoran Nelayan...Last program yang dijoin bagi sesi ne...
Ne program yang selalu dibuat pada last sesi tuk meraikan senior dah nak kuar..huhu..
Ramai jgk pensyarah yang datang..(klu lbh daripada 2 ramai kn..kn..hehe)..Dr.Ruzman n his wife, Dr.Raihanah,Dr.Siti Mashitoh(adik Penceramah Bebas Siti Bahyah tu...),Dr Saim n his wife , Dr . Siti Zubaidah pn datang..
Malam ne gak..paling best sebab...alumni JSU datang bagi motivasi kepada kitaorang semua..sebagai satu semangat untuk membina satu kerjaya yang cemerlang..Alumni tu sekarang merupakan peguam Syarie dan mempunyai firma sendiri dan juga motivator dan antara peguam Syarie yang terkaya di Malaysia(jgn sape kate peguam Syarie pun bleh jadi kaya gak macam peguam Sivil)...Diorang telah menyuntik semangat kitaorang memartabatkan kerjaya sebagai peguam Syarie...huhu..ssh tu nk jadi peguam...Seperti moto JKSM "SYARIAH ASAS KEADILAN"...bersama-sama memartabatkan syiar islam yang kian hilang dari umat islam sekarang...Insya Allah akan diperjuangkan...Doakan semua..Amin...(^_^)

BICARA TENTANG CINTA...lirik yang best(^_^)

Salahkah ku mendambakan seorang puteri
Dan pasti ku mengharap yang setia di sisi
Teman kala ku kedukaan memberikan daku cahaya
Sinari kehidupan

Walau ku tahu segala suratan Esa
Ku pohon kesetiaan pemberi inspirasi
Pengubat jiwa yang sepi
Agar dapat ku kecapi indahnya hidup ini

Usah ada rasa sangsi
Saling faham dan mengerti
Sinar bahagia menanti

Pendorong penguat jiwa
Dalam melayar bahtera
Pasti tenang jika kau di sisi

Selagi masih aku terdaya
Menuturkan kata-kata
Kan ku bicarakan yang sesungguhnya
Di hati ini dikau saja yang bertakhta di jiwa
Insan yang ku kasihi
Dikau yang ku sayangi..



Lirik lagu ne best dan lagu dia pun best..
kalau kekasih hati tuju untuk kekasihnya mesti teruja..
wahh..
tapi perempuan bukan sahaja untuk dipuji dan dijunjung..
Jangan terlalu sanjung seorang perempuan..
dan mengharapkan sesuatu yang terbaik untuk dibuat...
kami ne manusia biasa juga..ada silap salahnya..
seorang perempuan mengharapkan penghormatan dari seorang lelaki..
Penghormatan maruah, penghormatan yang sangat diharapkan...
Jangan sekali sayang giler perempuan tu sebelum kawin je...
Lepas kawin tangankan dan dibiarkan...apa j
enis lelakilah macam tu..
"Dasarkan satu pertemuan kerana Allah,pasti satu Kebahagian menyinar nanti"(^_^)


Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk
dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya,
demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam
dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".
Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan
menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku,
kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik"
"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku
rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh
pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat
selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya...


(p/s : Ya Allah..Macam mnelah ibadatku...Terimakah Engkau..???atau dibuang ketepi saje???
atau ditolak terus...Ya Allah...Kau Maha Mengetahui segalanya...)